Thursday 22 November 2012

HARI PBS 2012


Hari PBS telah dijalankan pada 1.11.2012.Hari PBS ialah Hari Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Pada hari tersebut aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah persembahan murid-murid tahun 1 dan 2,penyampaian sijil kepada murid-murid yang menguasai band 6 dan jurulatih utama.Cabutan bertuah untuk murid-murid dan guru serta sesi perbincangan dan pengambilan laporan formatif iaitu prestasi murid-murid juga diadakan.Tujuan Hari PBS ini diadakan untuk memperlihatkan bakat-bakat yang ada pada murid-murid dan berbincang tentang masalah dan prestasi murid-murid bersama ibu bapa.Berikut di bawah gambar-gambar sepemna Hari PBS.










Tuesday 20 November 2012

Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

            Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa penghantar di sekolah,maktab,
Politeknik dan universiti.Bahasa Melayu sudah tidak terhad kepada orang Melayu sahaja tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa penghantar ilmu pengetahuan. Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Namun begitu, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan

Fungsi yang pertama jika dilihat bahasa Melayu dalam konteks bahasa penghantar,bahasa Melayu berfungsi menjadi bahasa penghantar ilmu.Sebagaimana yang kita lihat,bahasa Melayu digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua kaum.Contohnya  subjek Matematik KSSR,Dunia Sains dan Teknologi,Muzik,Kajian Tempatan telah membuktikan subjek yang diajar menggunakan Bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu telah menunjukkan fungsinya dalam pendemokrasian pendidikan apabila digunakan oleh sejumlah besar generasi muda sebagai bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris.Malah Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa penghantar ilmu telah memperlihatkan fungsinya dalam penggunaan buku-buku teks sekolah dan buku rujukan.Murid-murid mempelajari subjek yang diajar menggunakan buku teks dalam Bahasa Melayu.


            Malah menurut esiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan  bahawa Bahasa Melayu yang menjadi bahasa penghantar ilmu berperanan sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan seperti fizik,kimia,kejuruteraan,perubatan,ekonomi,undang-undang,kesusateraan dan agama.Bukan itu sahaja jika pendidikan moral yang diajar kepada kaum lain juga diajar dalam bahasa Melayu sesuai sebagai bahasa penghantar.Ciri-ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu yang menjadikannya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.
            Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa komunikasi.Di sekolah Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa penghantar sekaligus menjadi berfungsi menjadi bahasa komunikasi di peringkat sekolah.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.Sebagai sebuah negara yang diduduki oleh pelbagai jenis kaum yang berbeza agama dan budaya,seluruh rakyat Malaysia perlulah bersatu-padu dan bekerjasama dalam membina dan membentuk negara bangsa.Setiap murid tidak mengira bangsa  berkomunikasi menggunakan bahasa penghantar yang sama untuk berbincang,menyatakan pendapat,perasaan,pengetahuan dan berinteraksi dengan orang lain.

            Di sekolah rendah murid-murid daripada kaum lain digalakkan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa itu bahasa penghantar yang perlu digunakan sama ada secara lisan dan tulisan.Di sekolah,Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang cemerlang dan ada jati diri sebagai rakyat Malaysia yang bersopan santun serta saling hormat-menghormati dengan tidak berkomunikasi bersama-sama satu kaum sahaja.Contohnya seorang murid berbangsa Cina berkomunikasi dengan murid berbangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu.Komunikasi ini memudahkan mereka memahami anatara satu sama lain,tidak wujud mengeluarkan kata kesat,memudahkan mereka berbincang tentang pelajaran antara satu sama lain sekaligus membentuk perpaduan.

            Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan murid berbilang kaum.Semua murid berpeluang mempelajari Bahasa Melayu selaras menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Semua sekolah yang ingin bantuan kerajaan mestilah menjadikan Bahasa Melayu mata pelajaran yang wajib dipelajari.DalamPenyata Razak (Jawatankuasa Pelajaran 1956) juga memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

           “Oleh itu bahasa melayu mestilah dipelajari di dalam semua sekolah dan kami cadangkan mengajar bahasa bahasa melayu kepada semua murid itu dijadikans yarat pertolongan yang di beri kerajaan kepada semua sekolah”

                                                                                                            ( Penyata Razak, 1956, m/s 4 )

            Bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa perpaduan kerana bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa penghantar utama bagi semua peringkat sekolah.Untuk memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Pendidikan bahasa Melayu Sekolah Menengah bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek intelek,emosi,rohani dan jasmani.Apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar di semua sekolah,bahasa itu dapat membantu perpaduan kebangsaan dan pembentukan jati diri Murid murid dapat memahami bahasa Melayu dengan mudah sekiranya menguasai bahasa Melayu. Perkara inilah yang ditekankan oleh Datuk Seri Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 tentang mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan rasmi dalam sitem pendidikan.

            “Bahasa Melayu perlu cukup utuh dalam mengemudikan masyarakat penuturnya agak bergerak seiring aras pembangunan K-Ekonomi dalam dunia semakin kompleks”
                       
                                                                            (Petikan daripada Berita Harian 7 Mac 2009)

            Kementerian Pendidikan sentiasa mengadakan program yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Begitu juga peranan bahasa Melayu melalui masyarakat turut dibuktikan dengan adanya program 1 Malaysia. Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak membentuk 1 Gagasan dengan menjadi satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai penyatuan satu bangsa di Malaysia. Hanya dengan satu bahasa sahaja mampu membantu kerajaan membentuk perpaduan.bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang sama dan mudah difahami.

Aktiviti SKTM 1 2012

  Sepanjang tahun 2012,pelbagai aktiviti telah dijalankan di sekolah saya.Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja disertai oleh murid,tetapi juga guru,ibu bapa dan AJK PIBG sekolah yang sentiasa memberi komitmen terbaik untuk sekolah.MAJU TERUS MAJU.





Taklimat perjalanan aktiviti dan keselamatan semasa larian bermula

 
Guru-guru mendengar taklimat daripada S/U Sukan tentang perjalanan aktiviti
  
   
Larian bermula.
         Larian Merentas Desa 1 Murid 1 Sukan ini telah dijalankan pada 28.4.2012.Larian ini melibatkan murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6.Larian ini bertuuan memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dan mengenal potensi murid dalam acara larian.



Semua murid bermula Pra Sekolah dan tahun 6 terlibat sama menjayakan aktiviti ini.

Guru-guru dan AJK PIBG terlibat dalam Senamrobik 1M 1S


               Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia ini telah dijalankan pada 10 Julai 2012.Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan aktiviti 1 Murid 1 Sukan.Aktiviti ini juga bertujuan memastikan semua warga sekolah terlibat dalam aktiviti kecergasan sempena bulan kecergasan pendidikan.

Artis Liza Abdullah sudi hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Acara Sukaneka Pra Sekolah

              Sukan sekolah telah dijalankan dalam bulan Jun 2012.Aktiviti sukan ini juga bertujuan mengenal potensi murid dalam bidang sukan,mendedahkan gaya hidup sihat dan mencungkil bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.



Majlis khatam Quran bersama Imam Muda dari Indonesia


Semua murid bersama-sama terlibat dalam majlis khatam Al -Quran

          Majlis khatam Al Quran ini telah berlansung dalam bulan Ramadhan sempena program Ihya Ramadhan.Majli ini juga menjemput beberapa orang Iman Muda dari Indonesia untuk turut bersama-sama dalam majlis tersebut sambil menyampaikan sedikit ceramah.


Terima kasih,cikgu
Majlis mohon restu sempena UPSR



Majlis ini mohon restu ini ialah majlis untuk guru-guru menghalalkan segala ilmu yang telah diajar kepada murid-muridnya.Bukan itu sahaja majlis ini juga sedikit sebanyak menunjukkan tanda kasih dan pengorbana seorang guru kepada anak didik mereka.











     Hari PBB iaitu Hari Persatuan Badan Beruniform telah dijalankan pada 29.9.2012.Aktiviti ini melibatkan semua unit badan beruniform yang terdiri daripada Puteri Islam,Tunas Kadet Remaja,Pengakap,Pandu Tunas Puteri,Silat,Taekwondo dan Persatuan Bulan Sabit Merah.Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut iaitu acara memasak,pertolongan cemas,acara memasang khemah,persembahan,mencari harta karun.Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Pasukan Pabdu Tunas Puteri.