Tuesday 20 November 2012

Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

            Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa penghantar di sekolah,maktab,
Politeknik dan universiti.Bahasa Melayu sudah tidak terhad kepada orang Melayu sahaja tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa penghantar ilmu pengetahuan. Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Namun begitu, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan

Fungsi yang pertama jika dilihat bahasa Melayu dalam konteks bahasa penghantar,bahasa Melayu berfungsi menjadi bahasa penghantar ilmu.Sebagaimana yang kita lihat,bahasa Melayu digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua kaum.Contohnya  subjek Matematik KSSR,Dunia Sains dan Teknologi,Muzik,Kajian Tempatan telah membuktikan subjek yang diajar menggunakan Bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu telah menunjukkan fungsinya dalam pendemokrasian pendidikan apabila digunakan oleh sejumlah besar generasi muda sebagai bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris.Malah Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa penghantar ilmu telah memperlihatkan fungsinya dalam penggunaan buku-buku teks sekolah dan buku rujukan.Murid-murid mempelajari subjek yang diajar menggunakan buku teks dalam Bahasa Melayu.


            Malah menurut esiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan  bahawa Bahasa Melayu yang menjadi bahasa penghantar ilmu berperanan sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan seperti fizik,kimia,kejuruteraan,perubatan,ekonomi,undang-undang,kesusateraan dan agama.Bukan itu sahaja jika pendidikan moral yang diajar kepada kaum lain juga diajar dalam bahasa Melayu sesuai sebagai bahasa penghantar.Ciri-ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu yang menjadikannya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.
            Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa komunikasi.Di sekolah Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa penghantar sekaligus menjadi berfungsi menjadi bahasa komunikasi di peringkat sekolah.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.Sebagai sebuah negara yang diduduki oleh pelbagai jenis kaum yang berbeza agama dan budaya,seluruh rakyat Malaysia perlulah bersatu-padu dan bekerjasama dalam membina dan membentuk negara bangsa.Setiap murid tidak mengira bangsa  berkomunikasi menggunakan bahasa penghantar yang sama untuk berbincang,menyatakan pendapat,perasaan,pengetahuan dan berinteraksi dengan orang lain.

            Di sekolah rendah murid-murid daripada kaum lain digalakkan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa itu bahasa penghantar yang perlu digunakan sama ada secara lisan dan tulisan.Di sekolah,Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang cemerlang dan ada jati diri sebagai rakyat Malaysia yang bersopan santun serta saling hormat-menghormati dengan tidak berkomunikasi bersama-sama satu kaum sahaja.Contohnya seorang murid berbangsa Cina berkomunikasi dengan murid berbangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu.Komunikasi ini memudahkan mereka memahami anatara satu sama lain,tidak wujud mengeluarkan kata kesat,memudahkan mereka berbincang tentang pelajaran antara satu sama lain sekaligus membentuk perpaduan.

            Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan murid berbilang kaum.Semua murid berpeluang mempelajari Bahasa Melayu selaras menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Semua sekolah yang ingin bantuan kerajaan mestilah menjadikan Bahasa Melayu mata pelajaran yang wajib dipelajari.DalamPenyata Razak (Jawatankuasa Pelajaran 1956) juga memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

           “Oleh itu bahasa melayu mestilah dipelajari di dalam semua sekolah dan kami cadangkan mengajar bahasa bahasa melayu kepada semua murid itu dijadikans yarat pertolongan yang di beri kerajaan kepada semua sekolah”

                                                                                                            ( Penyata Razak, 1956, m/s 4 )

            Bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa perpaduan kerana bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa penghantar utama bagi semua peringkat sekolah.Untuk memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Pendidikan bahasa Melayu Sekolah Menengah bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek intelek,emosi,rohani dan jasmani.Apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar di semua sekolah,bahasa itu dapat membantu perpaduan kebangsaan dan pembentukan jati diri Murid murid dapat memahami bahasa Melayu dengan mudah sekiranya menguasai bahasa Melayu. Perkara inilah yang ditekankan oleh Datuk Seri Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 tentang mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan rasmi dalam sitem pendidikan.

            “Bahasa Melayu perlu cukup utuh dalam mengemudikan masyarakat penuturnya agak bergerak seiring aras pembangunan K-Ekonomi dalam dunia semakin kompleks”
                       
                                                                            (Petikan daripada Berita Harian 7 Mac 2009)

            Kementerian Pendidikan sentiasa mengadakan program yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Begitu juga peranan bahasa Melayu melalui masyarakat turut dibuktikan dengan adanya program 1 Malaysia. Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak membentuk 1 Gagasan dengan menjadi satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai penyatuan satu bangsa di Malaysia. Hanya dengan satu bahasa sahaja mampu membantu kerajaan membentuk perpaduan.bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang sama dan mudah difahami.

No comments:

Post a Comment