Sepanjang tahun 2012,pelbagai aktiviti telah dijalankan di sekolah saya.Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja disertai oleh murid,tetapi juga guru,ibu bapa dan AJK PIBG sekolah yang sentiasa memberi komitmen terbaik untuk sekolah.MAJU TERUS MAJU.
![]() |
Taklimat perjalanan aktiviti dan keselamatan semasa larian bermula |
![]() |
Guru-guru mendengar taklimat daripada S/U Sukan tentang perjalanan aktiviti |
![]() |
Larian bermula. |
Larian Merentas Desa 1 Murid 1 Sukan ini telah dijalankan pada 28.4.2012.Larian ini melibatkan murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6.Larian ini bertuuan memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dan mengenal potensi murid dalam acara larian.
![]() |
Semua murid bermula Pra Sekolah dan tahun 6 terlibat sama menjayakan aktiviti ini. |
![]() |
Guru-guru dan AJK PIBG terlibat dalam Senamrobik 1M 1S |
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia ini telah dijalankan pada 10 Julai 2012.Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan aktiviti 1 Murid 1 Sukan.Aktiviti ini juga bertujuan memastikan semua warga sekolah terlibat dalam aktiviti kecergasan sempena bulan kecergasan pendidikan.
![]() |
Artis Liza Abdullah sudi hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang. |
![]() |
Acara Sukaneka Pra Sekolah |
Sukan sekolah telah dijalankan dalam bulan Jun 2012.Aktiviti sukan ini juga bertujuan mengenal potensi murid dalam bidang sukan,mendedahkan gaya hidup sihat dan mencungkil bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
![]() |
Majlis khatam Quran bersama Imam Muda dari Indonesia |
Semua murid bersama-sama terlibat dalam majlis khatam Al -Quran
Majlis khatam Al Quran ini telah berlansung dalam bulan Ramadhan sempena program Ihya Ramadhan.Majli ini juga menjemput beberapa orang Iman Muda dari Indonesia untuk turut bersama-sama dalam majlis tersebut sambil menyampaikan sedikit ceramah.
![]() |
Terima kasih,cikgu |
Aktif sungguh sekolah Su. Tentu murid-muridnya berjaya dengan cemerlang baru-baru ni dgn usaha semua guru.Tahniah.
ReplyDelete